Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP biadab, tuduhan liar, kata PAS
Diterbitkan:  Mar 25, 2015 2:10 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

PAS hari ini memulangkan paku buah keras kepada DAP, rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat, susulan kritikan keras terhadap usaha parti itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Mereka juga menggesa DAP menarik balik “tuduhan melampau” pada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( bawah, berserban ), yang membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka laluan kepada hudud.

“Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

“Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadab dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden,” katanya.

DAP sebelum ini melancarkan pelbagai kritikan keras kepada PAS kerana cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang digubal pada 1993, tiga tahun selepas mereka merampas Kelantan daripada BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang tidak menepati janji .

Ketegangan berlarutan sehingga DAP semalam mengumumkan memutuska n hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS itu yang didakwanya “tidak jujur”.

Ulama: Tusuk jarum beracum

Sementara itu pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed menasihatkan DAP agar tidak memberi “peluru” kepada parti lawan untuk mengasak gabungan pembangkang.

“Dewan Ulama PAS menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat,” kata Mahfodz ( kiri ).

Beliau turut mengingatkan agar DAP tidak “menusuk jarum beracun” dan mewujudkan siasatan pecah belah.

Beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini sudah menyatakan perasaan tidak selesa mereka dengan kritikan DAP kepada Hadi, termasuk timbalannya Mohamad Sabu.

Mohamad, walaupun terpalit dakwaan ingin menjatuhkan Hadi akibat suara miripnya tersebar di Internet, mahu penyelesaian segera diambil atau krisis dalaman Pakatan akan lebih meruncing.

Lihat Komen
ADS