Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Razali: Pegawai SPRM kes TBH juga ada hak
Diterbitkan:  Mar 27, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Kerajaan berkata hak pegawai SPRM, hak Hishamuddin Hashim tidak boleh dinafikan oleh "andaian" bahawa dia ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

 

Semasa ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata menahan kerjaya Hishamuddin akan mengakibatkan implikasi undang-undang dan kehilangan kepakarannya.

 

Sebagai contoh, Razali (kanan) berkata, terdapat duluan undang-undang di mana seorang kakitangan awam menang pampasan selepas didapati beliau telah dinafikan kenaikan pangkat atas kecatatan tuduhan tatatertib.

 

Pada bulan Julai 2009, Teoh ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan ibu pejabat SPRM Selangor di mana dia telah ditahan semalaman untuk soal siasat.

 

Hishamuddin ketika itu merupakan timbalan pengarah SPRM Selangor. Beliau, bersama-sama dengan dua anggota SPRM lain, telah disebut oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Teoh.

 

RCI telah menyimpulkan bahawa taktik ketika-ketiga mereka telah mendorong Teoh untuk membunuh diri dan menyifatkan Hishamuddin sebagai seorang yang angkuh dan tidak jujur.

Berikutan itu, SPRM menggantung ketiga-tiga pegawai berkenaan sementara menunggu siasatan. Akhirnya, penyiasat membersihkan Hishamuddin dan dua yang lain daripada dakwaan itu.

Hishamuddin kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan dan tahun ini ia didedahkan beliau kini menjadi pengarah SPRM Sabah.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS