Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara.

"Saya berpendapat beliau tidak perlu tergesa-gesa membuat kenyataan berdasarkan apa yang beliau rasa kerana beliau juga perlu mendengar daripada rakyat, termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak, NGO (badan bukan kerajaan), bukan Melayu dan ulama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan belia 'What Youth Should Know' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kabinet juga sedang membincangkan tentang hudud dan semua anggota memberi pendapat serta idea mengenainya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata walupun negara ini sedang berdepan dengan beberapa isu, tiada siapa patut memberi ruang kepada suara pelampau, tetapi sebaliknya, memberi tempat kepada suara kesederhanaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS