Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua wakil rakyat PKR, ‎Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, dituduh menghalang tugas penjawat awam dalam satu ketegangan di Dataran Merdeka minggu lalu.

Dua ADUN Perak ini bersama empat lagi aktivis dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah tempoh reman mereka tamat hari ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Insiden itu berlaku di Jalan Tun Perak, dekat air pancut Dataran Merdeka pada jam 12.35 tengah malam pada 27 Mac, berkaitan protes duduk Kita Lawan.

Sementara itu, seorang lagi individu Chee Choo Siang didakwa bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah.

Dia juga mohon dibicarakan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS