Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Belum ada aduan rasmi dibuat berhubung dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu menjatuhkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan pendedahan rakaman suara miripnya sebelum ini.

"Setakat ini tidak ada orang yang mengadu, yang ada audio sahaja.

“Ia (dakwaan ini) mesti ada pengadu. (Jadi) setakat itu dulu," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ( bawah ).

Beliau ditanya pemberita berhubung perkembangan siasatan terhadap dakwaan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mahu menggulingkan Hadi.

Mustafa berkata demikian selepas sidang media jawatankuasa pusat PAS di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur petang ini.

Mustafa berkata demikian selepas sidang media Jawatankuasa pusat PAS yang mengadakan mesyuarat khas berhubung rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah, di ibu pejabat parti itu petang ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Tak bincang, tapi kekal dalam Pakatan

Ditanya dalam sidang media mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Mohamad berkata jawatankuasa PAS tidak membincangkan perkara itu.

"Kami kekal dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau turut memberi jawapan yang sama apabila mengulas cadangan tokoh DAP Lim Kit Siang yang mengesyorkan gabungan baru demi menyelamatkan Malaysia.

Lihat Komen
ADS