Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga editor TMI dibebas, dua lagi di lokap
Diterbitkan:  Mar 31, 2015 1:19 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Polis membebaskan tiga editor The Malaysian Insider (TMI) malam ini setelah gagal mendapat perintah reman untuk menahan lanjut pagi ini.

Editor urusan Lionel Morais, editor rencana Zulkifli Sulong dan editor berita Amin Shah Iskandar dibebaskan jam 8.20 malam, lapor portal berkenaan.

Permohonan reman ditolak oleh majistret Tuan Nazri Omran sewaktu didengar di ibu pejabat polis Dang Wangi.

Polis bagaimanapun masih menahan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal tersebut, Jahabar Sadiq.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS