Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pampasan patut dibayar pada pembocor maklumat'
Diterbitkan:  Apr 2, 2015 11:32 AM
Dikemaskini: 5:25 AM

Kerajaan patut memberi pampasan kepada hakim yang bertindak sebagai sebagai pembocor maklumat Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah.

Syed Ahmad Idid dipaksa meletakkan jawatan selepas membuat pendedahan salah laku kehakiman pada 1996.

Vohrah ( bawah ), kini perunding dengan firma undang-undang Hishammuddin, Allen and Gledhill, juga memuji Malaysiakini kerana mengetengahkan nasib Syed Ahmad Idid setelah dilupakan bertahun-tahun.

“Syed Ahmad Idid layak terima (pampasan),” katanya kepada Malaysiakini baru-baru ini sebagai reaksi terhadap wawancara portal ini dengan Syed Ahmad Idid,  bekas hakim Mahkamah Tinggi bulan lepas.

Pendedahan bekas Vohrah sebelum ini berkaitan dakwaan tindakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin yang boleh dipersoal, memulihkan semangat Syed Ahmad Idid, orang pertama mendedahkan rasuah kehakiman di Malaysia, kerana merasakan tindakannya itu betul.

Syed Ahmad Idid dipaksa meletak jawatan kerana menulis sepucuk surat mendedahkan dakwaan salah laku, yang dihantar kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan terpilih.

Antara dakwaan itu, ia mendedahkan Eusoff bercuti di New Zealand bersama VK Lingam, seorang peguam kanan dalam beberapa kes yang didengar oleh bekas ketua hakim itu di mahkamah.

Gambar-gambar mereka berdua bersama keluarga masing-masing memaparkan hubungan rapat itu.

Ia menyebabkan Syed Ahmad Idid diminta meletakkan jawatan apabila surat yang dihantar secara misteri diedarkan sampai ke beberapa jabatan kerajaan dan kemudian disebarkan kepada media.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS