Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan "tiada arahan politik" yang diberikan kepada polis ekoran serbuan pihak berkuasa ke pejabat portal berita The Malaysian Insider dan penahan lima editor serta eksekutifnya.

Sebaliknya, beliau berkata pihak berkuasa diberikan sepenuh kepercayaan untuk menjalankan tegas termasuk soal siat dengan penuh tanggungjawab berdasar prosedur operasi standard (SOP).

"Tidak ada unsur-unsur arahan politik (kepada) sebarang penahanan oleh polis.

" Style saya, saya bagi sepenuh kuasa kepada ketua-ketua jawatan termasuk ketua polis.

"Tindakan mereka berdasarkan akta dan bidang kuasa yang diberikan," katanya dalam sidang media di Seri Kembangan pagi ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kewajaran serbuan pihak berkuasa dan penahanan lima kakitangan TMI sedangkan mereka boleh bekerjasama penuh tanpa perlu melakukan penahanan.

Kelima-lima itu ditahan ekoran portal itu sebelum ini melaporkan bahawa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud. Mereka bagaimanapun telah dibebaskan.

Ditanya mengenai kecaman pelbagai pihak termasuk badan wartawan antarabangsa, Zahid yang juga MP Bagan Datoh berkata pihak berkenaan harus menghormati lanskap dan suasana budaya serta amalan di negara ini.

"Tetapi berita itu berdasarkan fakta yang tidak berpihak di bumi yang nyata, tidak bersumber (yang sahih) apatah lagi ia melibatkan satu kredibliti satu majlis yang terpenting," katanya.

Naib presiden Umno itu turut menasihatkan editor lebih bertanggungjawab dan menjaga etika kewartananan dalam menulis sesuatu laporan.

Lihat Komen
ADS