Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya bukan nyanyuk, tapi terpaksa dedah'
Diterbitkan:  Apr 2, 2015 12:42 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Susulan serangan kerasnya pada Datuk Seri Najib Razak hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa bertindak demikian “demi bangsa dan negara”.

Katanya, beliau terpaksa menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin.

“Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya,” katanya.

“Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini. ”

Mahathir ( kiri ) juga menegaskan beliau masih belum nyanyuk walaupun sudah berusia 90 tahun.

“Sesiapa yang berkata saya nyanyuk sebenarnya menipu diri,” katanya.

“Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.”

Kritik pelbagai aspek

Mahathir hari ini menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun ini.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu “mengarut” sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.

Lihat Komen
ADS