Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan mempertimbangkan sekiranya dipilih menjadi calon"bidan terjun" untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Bagaimanapun, ADUN Kajang itu berkata, segala keputusan mengenai calon kerusi yang sebelum ini di sandang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diputuskan dalam mesyuarat parti.

"Parti akan memutuskan (calon), kita akan mengadakan beberapa mesyuarat dan saya anggap saya akan jadi calon bidan terjun kembali.

"Tetapi apapun ia bergantung kepada pengundi. Saya kenal mereka dan saya berada di sana untuk seketika. Dan saya hanya berundur seketika selepas Anwar dibebaskan.

"Kalau saya pergi (bertanding) mereka (pengundi) masih mengenali saya dan saya pasti saya dapat memberikan perkhidmatan yang mereka inginkan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Lihat Komen
ADS