Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menimbulkan beberapa perkara yang mungkin menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad daripada melancarkan serangan lebih awal ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mahathir mungkin ingin mengelak daripada memalukan Najib ketika perdana menteri itu sedang menyambut menantu baru.

Mahathir juga mungkin menunggu masa sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana ketua pembangkang itu menjadi ancaman kepada Umno, kata Kadir.

Pagi ini, barulah Mahathir melancarkan serangannya dengan membangkitkan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang menghantui Najib sejak sedekad lalu.

Mahathir juga membangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan membayangkan bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Mahathir, semua kumpulan masyarakat kini sudah hilang kepercayaan kepada Najib.

Kadir seterusnya mempersoalkan sekiranya akan timbul laporan polis ke atas Mahathir.

“Adakah akan ada laporan seperti yang dibuat ke atas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kerana mempersoalkan 1MDB?,” katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS