Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim menganjurkan agar parti itu meleraikan pertelingkahan di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Najib Razak.

Shahidan mencadangkan agar setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan menjadi orang tengah bagi tujuan tersebut.

“Jika kita hendak tunggu isu ini selesai sendiri, ia tak akan habis kerana ia akan berpanjangan. Jadi lebih baik jika ia tidak dibiarkan.

“Ini adalah Umno. Kekuatan Umno datang daripada esprit de corps kita selama ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditanya mengenai tulisan di blog Mahathir hari ini, yang menggesa agar siasatan dijalankan untuk mengenalpasti individu yang mengarahkan agar Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Najib dikaitkan dengan skandal pembunuhan tersebut apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda dituduh dengan dakwaan bersubahat dengan pembunuhan tersebut.

Abdul Razak bagaimanapun dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Shahidan berkata, Mahathir mungkin membuat kesilapan walau tulisannya itu disokong oleh fakta.

Namun, isu berkenaan sepatutnya diselesaikan secara “adik beradik” dan bukannya dibincangkan secara terbuka, kata menteri di jabatan perdana menteri itu.

“Musuh Umno mengambil kesempatan ke atas keadaan ini. Seperti yang kita tahu, masalah dalaman musuh Umno semakin buruk, maka mereka suka bila keadaan sama berlaku dalam Umno.

“Tapi kita mestri ingat bahawa Umno adalah parti pemerintah utama dalam negara ini. Umno mesti jadi kuat supaya dihormati orang ramai,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS