Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Umno tak patut sokong hudud PAS untuk undi'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak sepatutnya menyokong usaha PAS untuk melaksanakan hudud semata-mata untuk mendapatkan undi Melayu-Islam.

"Umno juga fikir tentang politik (cara ini):. Jika saya tak sokong, maka saya tak dapat sokongan dari orang Islam. Ini adalah salah," katanya.

Bercakap pada sesi dialog dengan pelajar di Cyberjaya hari ini, Dr Mahathir berkata hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana penduduknya yang berbilang agama.

Dr Mahathir juga mengkritik Umno Kelantan kerana menyokong usaha PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Sebaliknya, kata beliau, orang dalam Umno Kelantan yang menyokongnya, tidak tahu apa yang mereka sokong.

Dr Mahathir menegaskan bahawa al-Quran mengandungi 43 sebutan bahawa penghakiman mesti dilakukan secara adil dan langkah PAS untuk menghadkan hudud hanya kepada orang Islam, adalah tidak adil.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS