Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sirul sangkal polis M'sia ambil keterangannya
Diterbitkan:  Apr 4, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Sirul Azhar Umar menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata beliau telah menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada jam 2.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 masa Australia), Sirul berkata dia sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu semalam, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sirul (kiri) mendakwa bahawa tidak ada pegawai atau anggota polis yang bertemu dengannya di Australia.

IGP dilaporkan oleh Bernama semalam sebagai berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Laporan Bernama itu memetik IGP sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua  dakwaan terbaru yang dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai  apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Menurut Sirul, tiada siapa dari pasukan polis yang datang untuk menyiasat atau bertanya tentang kebajikannya.

"Saya keseorangan di sini, "katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Sirul, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bersama dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, kedengaran menangis di hujung talian.

Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.

"Jika polis dan orang ramai ingin mengetahui kebenaran, saya cabar Khalid membuka fail 'perisikan'", kata Sirul.

Fail perisikan yang dirujuk oleh Sirul ialah kenyataan asal yang diberinya kepada polis perisikan Malaysia - biasanya dirujuk sebagai cawangan khas - dan jabatan siasatan jenayah.

Ia telah dirakamkan apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa pulang dari Pakistan, ketika mengiringi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS