Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Phua tiada rekod jenayah di M'sia, kata Zahid
Diterbitkan:  Apr 9, 2015 11:15 AM
Dikemaskini: 8:52 AM

Putrajaya hari ini mendakwa bahawa Paul Phua Wei Seng tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Dalam jawapan bertulis sebaris kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, menurut rekod polis, Phua tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

 

Gobind telah meminta kerajaan menyatakan laporan polis terhadap Phua dan sama ada dia mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia. Gobind juga bertanya sama ada Phua telah didakwa dan apa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

 

Phua dilaporkan telah ditangkap dalam satu serbuan pada 4 Julai 2004 semasa perlawanan Piala Euro.

 

Dia didakwa telah menjalankan rangkaian pertaruhan dalam talian apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa.

 

Phua menjadi tajuk utama berita selepas dia ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat berkaitan operasi perjudian haram dalam talian secara besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas pada bulan Julai lalu.

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS