Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Adakah Jho Low sebahagian dari k'jaan?
Diterbitkan:  Apr 12, 2015 1:46 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam serangan terbarunya kepada Datuk Seri Najib Razak berkata "satu suruhanjaya bebas" diperlukan untuk menyiasat kontroversi melibatkan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara khususnya, Dr Mahathir ingin mengetahui ke mana wang firma itu digunakan dan siapa usahawan Jho Low dikaitkan dengan skandal tersebut.

"Siapa itu Jho Low, yang secara tiba-tiba menjadi sangat penting?

"Dalam kerajaan dia tak ada jawatan, dia bukan penjawat awam, tiba-tiba dia ada kuasa?

"Dan ada orang beritahu saya... sekalipun saya tidak kata ia terbukti (tapi saya diberitahu) bahawa dia bertindak seolah-olah dia dalam kerajaan," kata Mahathir seperti dipaparkan dalam satu daripada lima video klip Youtube semalam.

Antara isu lain yang dibangkitkan mengenai bantuan kerajaan BR1M, pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan jambatan bengkok yang mana beliau berkata Najib berjanji untuk menyiapkannya.

Dalam satu video klip lain, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberi alasan mengapa Najib patut bersara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS