Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Untuk melawan keganasan, kerajaan minggu lalu mengetengahkan dua undang-undang baru sambil memantapkan undang-undang sedia ada untuk tujuan sama.

Undang-undang baru yang diluluskan di Dewan Rakyat itu adalah Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pota) dan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara.

Persoalannya kenapa undang-undang baru diperlukan sedangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA telah sedia ada?

Adakah undang-undang ini akan bertindih antara satu sama lain?

Peguam New Sin Yew Yew berpandangan bahawa undang-undang itu tidak bertentangan kerana berbeza antara satu sama lain.

“Orang ramai cenderung bertanya, kamu sudah ada Sosma, kenapa perlu Pota lagi? Ia agak berbeza kerana Sosma kebanyakannya berkaitan dengan prosedur sewaktu perbicaraan.

“Tetapi Pota tidak berkaitan dengan itu. Pota tidak ada kena mengena dengan perbicaraan. Kamu tidak akan dibicarakan bawah Pota,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Pota memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Keganasan untuk mengeluarkan arahan tangkapan atau sekatan terhadap mana-mana individu dipercayai terlibat atau menyokong keganasan melibatkan kumpulan antarabangsa di negara asing.

Penahanan boleh berlaku sehingga dua tahun dan diperbaharui tanpa had. Manakala keputusan lembaga itu tidak boleh diteliti di mahkamah kecuali dalam bab pematuhan prosedur.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS