Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Susulan taklimat Datuk Seri Najib Razak pagi ini, Puteri Umno pula tampil menyatakan sokongan terhadap perdana menteri dan presiden Umno itu.

Ketua sayap itu Mas Ermieyati Samsudin bagaimanapun berkata mereka masih hotmat Dr Mahathir Mohamed dan menggesa kemelut dengan perdana menteri keempat itu diselesaikan dengan baik secepat mungkin.

Mas Ermieyati berkata, walaupun perkara itu terpulang kepada budi bicara Najib, Puteri berharap ia diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Ini memandang sayap itu ditubuhkan ketika era Mahathir, katanya lagi.

“Itu sebabkan kita sayang kedua-dua pemimpin ini,” katanya dalam sidang media selepas taklimat itu.

Wartawan Malaysiakini dan The Malaysian Insider dilarang menyertai sidang media itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS