Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia mengenali tertuduh kedua yang didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma) Muhammad Hilmi Hasim.

Dia bagaimanapun berkata tidak pernah mendengar kumpulan militan yang dipanggil Tanzim Al Qaeda Malaysia.

Lelaki itu, Leftenan Kolenel (B) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Ariff Abdullah berkata mengetahui Hilmi yang dibawa oleh anak lelakinya Razif ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, sebelum berlepas ke Istanbul.

"Sepanjang perbualan saya dengan Hilmi, kami bercakap dan menonton bola sepak. Dia pada ketika itu membawa makanan ke rumah saya.

“Hilmi atau anak lelaki saya tidak pernah menyebut Tanzim Al Qaeda Malaysia," kata Ariff menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad.

Hilmi dan bekas tahanan ISA Yazid Sufaat ditahan bawah Sosma dan dituduh menjadi anggota organisasi itu yang berniat untuk merekrut orang untuk menyerang orang awam di Syria.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS