Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya bayar GST, saya berhak persoal PM'
Diterbitkan:  Apr 14, 2015 6:24 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

NGO lantang Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) masih tidak menyatakan sikap dalam kemelut antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Pengarang Kanan Ismaweb Razali Zakaria maju setapak dengan menyatakan sokongannya kepada Mahathir.

Razali berhujah, pembayar cukai berhak tahu dalam isu-isu negara yang dibangkitkan perdana menteri keempat itu.

“Saya pun ingin tahu hal yang sebenar. Saya pun membayar cukai pendapatan kepada negara dan terbaru, saya juga membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Saya ada hak untuk tahu.

“Justeru, kepada Tun Dr Mahathir, saya katakan Tun tidak keseorangan dalam mengetengahkan isu-isu yang dibangkitkan itu,” tulisnya di laman web rasmi ISMA hari ini.

Semalam, Mahathir menulis di blognya bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan perdana menteri dalam isu Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Telinga Mukhriz kini dipulas

Mahathir juga mendakwa pihak yang mengkritik Najib kini berdepan ugutan.

Beliau dipercayai merujuk kepada dilema Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz, yang juga anaknya, ketika kesetiaannya dituntut.

Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam seolah-olah kata dua kepada Mukhriz untuk memilih antara Najib atau bapanya.

Menulis dalam web itu, Razali turut mengiyakan kenyataan Mahathir sebelum ini berhubung dakwaan ugutan itu.

“Telinga Mukhriz ( kanan ) kini dipulas. Benarlah apa yang Tun (Mahathir) kata sekarang ini ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib,” katanya.

Nota di bawah artikel itu menyebut bahawa tulisan Razali itu pandangan peribadi dan tiada kena mengena dengan ISMA.

Lihat Komen
ADS