Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Takut apa, Rosmah pun kami siasat
Diterbitkan:  Apr 15, 2015 12:31 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa mereka bukan harimau tanpa taring untuk menyiasat sesuatu perkara tanpa takut dan pilih kasih.

Bagi membuktikan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed mendedahkan bahawa mereka menyiasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Abu Kassim ( kiri ) berkata beliau secara peribadi mengarahkan pegawainya memulakan siasatan sejam selepas laporan dibuat pada SPRM pada 2011.

Dua jam kemudian, ketua SPRM itu menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu.

Pada hari berikutnya, pegawai SPRM menghubungi Jabatan Kastam dan mendapat pengesahan bahawa cincin itu dihantar balik ke New York.

“Ini kali pertama kami dedahkan perkara ini,” katanya.

“Saya hendak beritahu kamu, kami malah siasat isteri perdana menteri, kamu masih rasa apa lagi kami hendak takutkan?” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily .

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS