Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kantin kotor, PM arah hospital k'jaan dipantau
Diterbitkan:  Apr 17, 2015 7:55 AM
Dikemaskini: Apr 17, 2015 3:10 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Kesihatan untuk memantau dengan rapi dan menjalankan pemeriksaan lebih kerap di hospital dan klinik kerajaan.

Sambil menarik perhatian kepada kes kantin yang kotor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini, Najib berkata ia tidak patut berlaku lagi.

"Tidak patut berlaku lagi. Kerap lakukan 'spot-check' ke atas perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan," kata beliau dalam catatan terbaru dalam laman Facebook dan Twitternya, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata kementerian telah mengarahkan Pejabat Kesihatan Negeri dan Pengarah-Pengarah Hospital untuk memeriksa kantin, kafeteria dan dapur hospital dari semasa ke semasa untuk memastikan ia memenuhi keperluan standard kebersihan.

Dr Noor Hisham juga berkata unit kesihatan awam dalaman telah diarahkan untuk memantau dengan teliti dan menjalankan pemeriksaan kerap untuk memastikan kantin sekolah bersih dan memenuhi keperluan standard kebersihan.

Pada 14 April, media tempatan yang menyiarkan artikel bertajuk 'Kantin hospital kotor diarah ditutup', berkata kantin HTAR didapati kotor dan diarah ditutup.

- Bernama

Lihat Komen
ADS