Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siapa MP sokong, tolak pindaan Akta Hasutan?
Diterbitkan:  Apr 17, 2015 5:13 PM
Dikemaskini: 1:05 PM

Ketika jam di dinding Dewan Rakyat dihentikan, wakil rakyat daripada pelbagai parti bertikam lidah sebelum akhirnya pindaan Akta Hasutan 1948 diluluskan pada awal pagi.

Pindaan itu membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas mana-mana pihak yang dianggap menghasut, daripada maksimum tiga tahun kepada 20 tahun.

Walaupun kritikan terhadap kerajaan dan badan kehakiman tidak lagi dianggap menghasut di bawah pindaan itu, definisi "menghasut" itu sendiri diperluas bagi memasukkan perbuatan membuat kenyataan menyentuh aspek agama.

Selepas 14 jam dibincangkan, Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan dengan 108 ahli parlimen menyokong dan 79 menolak.

Wakil BN turut dikritik

Undian berkenaan menjadi perhatian kerana sesetengah wakil rakyat pembangkang sebelum itu dikecam kerana tidak hadir dalam penentuan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) yang membenarkan tahanan tanpa bicara diluluskan.

Di pihak BN, beberapa ahli parlimen yang pernah membuat kenyataan membantah amalan tahanan tanpa bicara juga dikritik kerana turut menyokong rang undang-undang berkenaan.

Ketika Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 diundi, tujuh ahli parlimen Pakatan tidak hadir, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil), R Sivarasa (PKR-Subang), Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), Liew Chin Tong (DAP-Kluang) dan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Tidak seperti amalan demokrasi moden di negara lain, parlimen Malaysia tidak merekodkan butiran undi yang dibuat, sebaliknya hanya mengumumkan jumlah yang dikira, menjadikan ia hampir mustahil untuk rakyat menilai pendirian wakil mereka.

Nama ahli parlimen yang mengundi dan pendirian mereka dalam sesuatu usul itu hanya diketahui lama kemudian. Itu pun hanya dibuat jika ada permintaan.

Bagaimanapun, Malaysiakini dapat mengumpul senarai ahli parlimen yang menyokong dan menolak Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015  melalui puluhan gambar dan rakaman video diambil wakil rakyat itu sendiri ketika proses undian dijalankan.

Ia kemudian melalui proses semakan silang berdasarkan kedudukan setiap ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Berdasarkan kaedah itu, dapat dikenal pasti identiti 105 daripada 108 ahli parlimen BN dan 79 wakil Pakatan yang hadir ketika pengundian dijalankan.

Ahli parlimen yang menyokong:

Ahli parlimen yang menolak:

Lihat Komen
ADS