Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo antisalib: Bekas MP kata IGP pilih kasih
Diterbitkan:  Apr 20, 2015 11:00 PM
Dikemaskini: 3:20 PM

Bekas MP, Datuk Saifuddin Abdullah masih tidak berpuas hati dengan layanan berbeza oleh polis ke atas peserta demonstrasi pro-Umno dan Pakatan.

Saifuddin dalam kenyataannya membangkitkan, polis sebelum ini tetap menahan para aktivis dan MP lain berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Walhal, Khalid boleh membuat semakan berhubung kehadiran abang IGP itu sendiri, Datuk Abdullah di demonstrasi antisalib di Taman Medan, kata Saifuddin.

“Kalau IGP boleh panggi sahaja orang yang hadir demo, habis kenapa ada yang sampai kena bermalam dalam lokap dan sebagainya?,” soal Saifuddin.

Siasatan Khalid ke atas Abdullah sebegitu disahkan sendiri oleh pemimpin akar umbi Umno itu kepada Malaysiakini .

Layanan ini berbeza dengan tindakan polis yang menahan seramai lebih 100 orang, termasuk aktivis dan para MP, berhubung bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebelum ini.

Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

Katanya, belau membuat penjelasan itu apabila dihubungi Khalid melalui telefon.

"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.

"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.

"Lepas dengar (penerangan), dia kata OK," kata Abdullah.

Lihat Komen
ADS