Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat pujian kerana reaksi segeranya terhadap perhimpunan antisalib di Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Bagaimanapun ukuran sebenar kepimpinannya bukan sekadar pada kata-kata.

Insiden kali ini mengingatkan kepada protes “kepala lembu” pada 2009 yang berlaku empat bulan selepas Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas menyelar protes itu dalam tempoh 24 jam, perdana menteri ketika itu tidak berbuat apa-apa terhadap kenyataan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mempertahankan penunjuk perasaan.

Hishammuddin juga sepupu Najib.

Dalam kes itu, penunjuk perasaan, termasuk anggota Umno setempat, membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam dengan menggunakan kepala lembu bagi menyampaikan mesej mereka.

Lembu, bagi penganut Hindu, dianggap binatang suci.

Masa jadi penentu

Hishammuddin ketika itu bertemu dengan peserta himpunan, bergambar dengan mereka dalam sidang media dan menegaskan bahawa mereka hanya mahu suara didengari.

Akhirnya, 12 orang yang ditahan di mahkamah berlalu pergi selepas membayar denda RM1,000 yang dijatuhi mahkamah.

Seorang daripada mereka yang membawa kepala lembu itu dipenjara seminggu dan denda RM3,000.

Tiada seorang pun daripada mereka berdepan masalah disiplin daripada Umno.

“Melihat sejarah perdana menteri sekarang, beliau sangat pandai buat kenyataan tetapi gagal menunjukkan kepimpinan,” kata Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan.

Katanya, hanya masa akan menentukan sama ada kerajaan serius melalukan sesuatu atau hanya mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan keadaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS