Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasihat PM adalah arahan, kata Dr M
Diterbitkan:  Apr 23, 2015 2:45 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun cuma bertindak sebagai penasihat.

Mahathir berkata tidak mungkin pengurusan 1MDB berani melawan penasihat syarikat yang merangkap menteri kewangan.

Bekas perdana menteri keempat itu berkata “nasihat” Najib dianggap sebagai arahan.

Malah, katanya, pengurusan itu sendiri dilantik oleh perdana menteri.

“Justeru seperti penasihat British waktu dulu, nasihat oleh penasihat adalah arahan,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS