Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gempa bumi: 675 maut, Nepal isytihar darurat
Diterbitkan:  Apr 25, 2015 8:34 PM
Dikemaskini: 2:43 PM

Nepal isytihar darurat dengan pegawai kerajaan Nepal mengesahkan angka kematian meningkat akibat gempa bumi kuat meningkat kepada  675 orang.

Gegaran gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal, turut dirasai sehingga ke Utara India, lapor Bernama.

Manakala lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu ditutup, bangunan runtuh di ibu negara Nepal

Gempa bumi kuat berlaku di Nepal pada pukul 2.45 petang ini (waktu Malaysia) dengan Jabatan Metereologi India melaporkan magnitud kekuatan gegaran sebagai 7.9 pada skala Richter.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia pula dalam satu kenyataan hari ini berkata gempa bumi dengan magnitud 6.4 itu berpusat 482 kilometer (km) Tenggara dari Shyampur, Bangladesh dan 2,903km Barat Laut dari Padang Besar, Perlis.

Sementara itu, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India dilaporkan selamat susulan gempa bumi kuat di ibu negara Nepal,  hari ini.

Kementerian Luar, dalam kenyataan, turut mengesahkan pasukan pendaki Everest Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berada di kawasan Everest Base Camp dilaporkan selamat.

Gempa kuat berukuran 7.9 pada skala Richter itu telah mengakibatkan kemusnahan serta dipercayai mengorbankan ratusan penduduk di Nepal. Selain itu gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di utara India.

"Kedutaan Besar di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi di New Delhi telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dan mereka semuanya diberitakan dalam keadaaan selamat," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, kementerian akan terus memantau keadaan kerana menurut laporan awal masih terdapat beberapa lagi gegaran kecil berlaku.

"Semua rakyat Malaysia yang berada di Kathmandu dan kawasan-kawasan yang terlibat diminta supaya bertenang dan memastikan berada di tempat selamat," kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan telekomunikasi dan lain-lain perkhidmatan sedang digerakkan sepenuhnya bagi membantu operasi menyelamat.

Justeru itu, kementerian itu meminta rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas supaya memberikan kerjasama penuh serta mengikut arahan dikeluarkan pihak berkuasa Nepal.

- Bernama

Lihat Komen
ADS