Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pihak gereja yang menurunkan salib selepas berdepan bantahan sekumpulan penduduk Islam di Petaling Jaya akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas berdiam diri berhubung insiden itu minggu lalu.

Seorang pastor kanan Paul Packianathan berkata pihak gereja itu memutuskan untuk "memaafkan" peserta demonstrasi yang mendesak salib di gereja itu diturunkan, minggu lepas.

Bagaimanapun katanya, pihak gereja sedang menunggu arahan "daripada Tuhan" untuk meletakkan kembali salib berwarna merah itu ke tempat asalnya.

"Kami sedang menunggu Tuhan untuk mengarahkan kami apa perlu dibuat," kata Paul kepada pemberita selepas pertemuan dengan kumpulan Malaysian for Malaysia di gereja di Taman Medan, Petaling Jaya hari ini.

Minggu lalu sekumpulan penunjuk perasaan Muslim telah mencetuskan kontroversi berhimpun di luar gereja tersebut bagi mendesak supaya salib di permis itu diturunkan.

Kerajaan negeri Selangor telah berkata negeri itu tidak mempunyai masalah dengan gereja yang terletak di lot kedai, yang dikatakan di kawasan majoriti Muslim.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS