Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pulau Pinang isytihar 7 Mei cuti umum
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 12:50 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Pulau Pinang mengumumkan 7 Mei ini sebagai hari cuti umum bagi negeri itu sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keputusan itu diambil oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi membolehkan proses pembuangan undi berjalan lancar.

"Kami berharap pihak majikan mengambil perhatian mengenai keputusan ini. Jika mereka tidak mengikutinya, saya berharap pihak yang berkenaan, terutama di sektor swasta membenarkan kakitangan mereka mengundi," katanya di sidang media hari ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh dijalankan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan kelayakannya sebagai ahli parlimen ekoran sabitan di mahkamah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dinamakan sebagai calon Pakatan Rakyat dan berdepan cabaran daripada tiga calon lain, masing-masing  Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.

Lim berkata, kerajaan negeri berharap semua pengundi Permatang Pauh yang berada di luar kawasan dapat pulang untuk mengundi.

Katanya dianggarkan sekurang-kurangnya 6,000 daripada 70,000 pengundi berdaftar di Pemratang Pauh tinggal di luar kawasan.

"Kegagalan mereka untuk pulang mungkin memberi kesan kepada sokongan untu calon Pakatan," katanya.

Lihat Komen
ADS