Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bicara kes ceramah Mat Sabu 7 Mei
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 3:52 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Mahkamah Sesyen Butterworth menangguhkan kepada 7 Mei kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.

    

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mansor kepada pemberita selepas kes itu disebut di hadapan Pendaftar Siti Sarah Abdul Rahim hari ini.

    

Maziah memberitahu tarikh itu ditetapkan untuk mahkamah menyerahkan nota keterangan kepada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bagi tujuan hujahan.

    

Pada prosiding hari ini Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin, tidak hadir di mahkamah kerana telah dimaklumkan lebih awal.

    

Mohamad, 60, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

    

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

    

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS