Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Ku Li yang kamu perlu, Mahathir
Diterbitkan:  Apr 27, 2015 4:27 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan calon terbaik untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas menteri undang-undang itu berkata Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua belum tentu akan melaksanakan pembaharuan dan membatalkan apa yang dilaksanakan Najib dalam tahun-tahun terakhir ini.

Zaid ( kanan ) berkata Muhyiddin mungkin tidak akan mendedahkan segala-galanya berkaitan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan menghukum pihak yang bersalah tidak kira siapa.

“Ini sebabnya kenapa saya percaya Mahathir mahu pemimpin lebih baik dan lebih bertanggungjawab pada tahun-tahun akan datang—dan pada masa sama menamatkan wabak rasuah dan meningkatkan kualiti instituti awam—pilihan pengganti harus tidak lain tidak bukan Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, seperti Mahathir, seorang veteran Umno.

Razaleigh pernah berkhidmat sebagai bekas menteri kewangan ketika era pentadbiran Mahathir.

Beliau mencabar Mahathir sebagai presiden Umno pada 1987 tetapi tewas tipis.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS