Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Bagaimana jika penganjur saman MPSJ?
Diterbitkan:  Apr 28, 2015 3:22 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

MP Serdang Ong Kian Ming berkata, Majlis Perbandaran Subang Jaya kini mungkin disaman kerana membatalkan konsert Thirst 2015: We Are All Stardust ekoran bantahan seorang ADUN kawasannya.

Dalam surat terbukanya kepada ADUN Sri Serdang, Noor Hanim Ismail, Ong membangkitkan bahawa bantahan wakil rakyat tersebut menyebab polis menarik balik sokongan pada konsert berkenaan.

Sedangkan, kawasan yang diwakili Noor Hanim tidak meliputi kawasan tempat konsert itu berlangsung, katanya.

Katanya, aduan Noor Hanim itu menimbulkan masalah kerana ia berdasarkan maklumat salah dan kejahilan ADUN PAS itu.

Sedangkan, MPSJ sudahpun mengambil langkah tertentu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Oleh itu ada kemungkinan bahawa penganjur terlibat mungkin mengambil tindakan undang-undang ke atas MPSJ kerana menarik balik permit hiburan pada saat akhir.

"Jika MPSJ terpaksa membayar gantirugi kepada mereka disebabkan keputusan mahkamah, ia akan membazirkan dana awam yang sepatutnya digunakan kepada pembayar cukai MPSJ,” katanya.

Menurut sumber industri, kira-kira RM5 juta dibelanjakan untuk acara tersebut.

Ong berkata, MPSJ menguatkuasa 26 peraturan ketat ke atas penganjur, yang menghalang individu bawah umur dan orang Islam daripada menghadirinya.

Sementara itu, laporan The Malay Mail Online menyebut, satu lagi syarikat, Livescape Group kini kini mempertimbangkan untuk mengemukakan saman ke atas Noor Hanim.

Livescape Group bertindak demikian kerana Noor Hanim mengaitkan mereka dengan acara Thirst 2015: We Are All Stardust dalam aduannya kepada polis.

Menurut laporan itu, Noor Hanim dalam suratnya mendakwa penganjur Thirst 2015: We Are All Stardust turut menganjurkan Future Music Festival Asia 2014.

Pesta muzik elektronik Future Music Festival Asia 2014 dibatalkan pada Mac tahun lalu apabila enam orang pengunjung meninggal dunia akibat pengambilan dadah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS