Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedudukan kebebasan akhbar di M'sia merosot
Diterbitkan:  Apr 30, 2015 11:25 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Kedudukan ranking kebebasan akhbar di Malaysia jatuh satu anak tangga kepada 142 bagi tahun 2014, di tengah-tengah tindakan keras polis terhadap kritikan, yang dipertingkatkan lagi tahun ini.

Menurut Laporan Kebebasan Akhbar 2014 oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Malaysia berkongsi kedudukan yang sama dengan Pakistan dan Turki.

Freedom House juga mendapati bahawa kebebasan akhbar global merosot pada 2014 ke tahap paling rendah dalam tempoh lebih 10 tahun.

Pemarkahan bagi Malaysia merosot dari 64 kepada 65 dan dikategorikan sebagai "tidak bebas".

Pemarkahan ini berdasarkan kepada skala 100 dengan angka yang rendah menandakan kebebasan yang lebih besar dan angka yang tinggi bermakna kurang kebebasan.

Di depan Malaysia ialah Ecuador dan Guinea yang berkongsi kedudukan ke-140 manakala Mexico di tangga ke-139.

Laporan itu berkata: "Suasana bagi media merosot dengan mendadak pada tahun 2014, apabila wartawan di seluruh dunia berdepan dengan sekatan terhadap aliran bebas berita dan maklumat termasuk ancaman serius terhadap nyawa mereka sendiri".

"Kerajaan menggunakan taktik termasuk tangkapan dan tapisan untuk menutup kritikan," katanya.

Rentetan tangkapan

Bagi Malaysia, negara ini menyaksikan rentetan tangkapan di bawah Akta Hasutan pada tahun 2014 dengan sekurang-kurangnya 42 kes hasutan, demikian menurut ICJ (International Commission of Jurist).

Mereka yang ditangkap termasuk wartawan Malaysiakini wartawan Susan Loone, Exco kerajaan Pulau Pinang Phee Boon Poh, kartunis politik Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar, manakala penyampai radio BFM disiasat berkaitan kritikan terhadap rancangan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rentetan tangkapan itu berlaku di tengah-tengah ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan yang tidak menjadi kenyataan.

Tahun lalu juga menyaksikan Najib menyaman Malaysiakini berhubung komen pembaca berhubung krisis menteri besar Terengganu krisis.

Kedudukan ranking Malaysia dijangka terus merosot pada tahun ini selepas Najib menyaman dua lagi organisasi media tahun ini, iaitu MediaRakyat dan Harakahdaily berhubung laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad dan keluarganya.

Menurut ICJ, jumlah kes hasutan bagi suku pertama tahun ini berjumlah 36, dan jumlahnya dijangka akan melebihi jumlah keseluruhan bagi tahun lepas.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS