Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melanggar Akta Pilihan Raya kerana didakwanya "mengugut" pengundi.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar mendakwa Ismail telah mengingatkan pengundi supaya tidak memilih calon Pakatan Rakyat apabila mengundi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei.

Nurul Izzah merujuk kepada laporan Malaysian Insider yang memetik Ismail sebagai berkata "permohonan untuk dana pertanian dan projek-projek di Permatang Pauh tidak akan diluluskan jika Pakatan Rakyat menang lagi pilihan raya kecil itu".

Ismail dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam daerah mengundi Kuala Mengkuang ketika mengiringi calon BN Suhaimi Sabudin berkempen semalam.

Sehubungan itu, Nurul Izzah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Ismail atas dakwaan "rasuah dan mengugut" berhubung kenyataan menteri itu.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk memastikan pilihan raya kecil itu tidak tercemar oleh ugutan dan rasuah.

"Kami mengutuk kenyataan seumpama itu sebagai sombong dan tidak boleh diterima sama sekali," kata Nurul dalam sidang akhbar di Yayasan Aman di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau mendakwa kenyataan Ismail itu melanggar Akta Pilihan Raya, yang berkaitan dengan rasuah dan mengugut sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

"Kami menggesa pengundi menolak ugutan tersebut yang merupakan sebahagian daripada taktik kotor BN dalam kempen pilihan raya kecil ini," tegasnya.

Selain Wan Azizah dan Suhaimi, dua lagi calon ialah Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas Salleh Isahak.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS