Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kuala Rompin, yang terletak dalam daerah Rompin, Pahang, sebuah pekan yang tenang hingga kini.

Dalam suasana kempen pilihan raya kecil, penduduk tempatan menyaksikan pelbagai kenderaan yang berbagai negeri - hadir depan pintu rumah, menembusi tanah rancangan Felda dan menjelajah dari pulau ke pulau - dengan satu sebab, demi mendapatkan sokongan.

Kedua-dua parti, PAS dan BN, sedang menggembleng kekuatan mengerah jentera pilihan raya mereka kerana hari mengundi semakin dekat pada Selasa ini.

Pilihan raya itu diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang lebih dikenali sebagai JJ, terkorban dalam nahas helikopter malang pada 4 April lalu.

Datuk Hasan Arifin dicalonkan sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil ini, manakala PAS pula diwakili Nazri Ahmad. Pertembungan antara wajah yang telah dikenali dan belum dikenali.

Sebelum pilihan raya kecil itu, Nazri, 40, adalah ketua Pemuda PAS Pahang, yang hanya dikenali oleh segelitir pengundi. Namun, Hasan 62, bekas timbalan menteri besar Pahang dan ADUN Bukit Ibam dan Tioman - kedua-duanya bawah parlimen Rompin.

Oleh sebab itu, Hasan tidak lagi asing di kalangan pengundi, tetapi sesetengah pengundi hanya mengenali PAS tetapi tidak Nazri.

Dalam pilihan raya kecil ini, PAS banyak membangkitkan isu berkaitan ekonomi, khususnya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perlhidmatan (GST) sementara BN, seperti biasa, membangkitkan isu pembangunan di parlimen itu.

Tiga hari sebelum pengundian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan menawarkan rumah sewa beli kepada generasi baru peneroka Felda dengan harga RM90,000 berbanding RM120,000 sebelum pilihan raya kecil.

Lebih separuh daripada peneroka Felda terdiri daripada keseluruhan pengundi berjumlah 53,249 orang.

Hasan Arifin yang diperkenalkan oleh MCA kepada pengundi Cina sebagai calon ahli politik veteran yang mampu membangunkan kawasan parlimen itu.

"Semasa beliau menjadi timbalan menteri besar, kemudahan asas dan jalan raya diambil perhatian," kata Presiden MCA Datuk Sri Liow Tiong Lai kepada sekumpulan pengundi Cina di Tanjung Gemuk baru-baru ini.

"Saya yakin bahawa beliau mampu menyelesaikan masalah termasuk apa yang dihadapi oleh nelayan," katanya lagi.

Hasan juga menegaskan selaku parti yang lama memerintah negara, BN mempunyai banyak pengalaman dan kemapuan ketika memebentuk kerajaan.

Tidak seperti Pakatan, katanya, yang masih terperangkap dengan masalah dalaman, "BN adalah formula terbaik untuk negara ini," katanya kepada Malaysiakini.

Bercakap mengenai GST, Hasan mempertahankan pelaksanaannya, menyatakan ia masih baru dan kerajaan memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS