Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TNB jamin tiada gangguan bekalan elektrik
Diterbitkan:  May 5, 2015 6:20 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memberi jaminan tidak akan berlaku gangguan bekalan elektrik pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh Khamis ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata TNB telah bersiap sedia untuk memastikan tiada gangguan bekalan elektrik sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

"Di mana-mana pilihan raya, TNB akan meletakkan pegawai-pegawai mereka di semua pusat pengundian, sekolah dan dewan. Mereka juga ada pelan sokongan sekiranya bekalan elektrik terputus," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa bekalan elektrik di Permatang Pauh pada hari pengundian berada pada tahap tertinggi melainkan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendawaian Semula Bekalan Elektrik Kediaman Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kampung Penanti, Kubang Semang.

Mahdzir juga berharap tiada sebarang sabotaj akan berlaku sepanjang hari mengundi dan sewaktu proses kiraan undi berlangsung.

Sementara itu, Mahdzir berkata TNB membelanjakan RM150,000 bagi membiayai kerja-kerja pendawaian bekalan elektrik di 31 buah rumah golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Permatang Pauh.

Katanya, bantuan itu merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan golongan berkenaan sentiasa mendapat keselesaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS