Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terpalit isu pornografi kanak-kanak menunjukkan orang Islam tidak lagi mengikuti al-Quran.

Katanya orang Islam sekarang gemar memilih-milih ayat al-Quran tanpa berfikir tentang konteks ia diturunkan, sekali gus mengubah makna dan terpesong daripada ajaran sebenar Islam.

Justeru, katanya, perkara itu menjadi sebab kenapa tiada lagi sarjana Islam terkemuka pada masa ini.

“Kita ada banyak saintis dan ahli akademik semasa era kegemilangan Islam.

“...sekarang kita ada ahli matematik yang muat turun 30,000 video lucah kanak-kanak kerana kita tidak lagi mengikuti ajaran al-Quran,” katanya dalam majlis wacana berkaitan Islam dan islamisasi di Putrajaya hari ini.

Beliau juga menyentuh soal poligami, yang menyaksikan banyak orang Islam berfikir golongan lelaki mempunyai hak beristeri ramai.

Pelajar tajaan MARA Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah di London bersabit 13 kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Lihat Komen
ADS