Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LLM nafi kadar tol akan naik
Diterbitkan:  May 6, 2015 6:28 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan artikel 'Kadar Tol Naik Ogos Ini?' yang dimuat naik dalam laman web Free Malaysia Today semalam.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata sehingga kini kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.

"Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung perkara ini. Oleh itu sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar," katanya dalam kenyataannya.

Beliau berkata pada masa ini kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa.

Menurut laman web itu semalam, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini, di samping mendakwa kenaikan itu antara 50 hingga 100 peratus.

- Bernama

Lihat Komen
ADS