Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ustaz suspek bunuh kekasih depan sekolah agama
Diterbitkan:  May 6, 2015 8:15 PM
Dikemaskini: 12:18 PM

Seorang wanita dilapor ditemui telentang di tempat duduk pemandu dengan tujuh kesan tikaman di dada, rusuk dan lengan kanan di Kuala Kubu Bharu (KKB) di Hulu Selangor hari ini.

Beliau dipercayai dibunuh teman lelakinya di depan sebuah sekolah agama di situ, lapor myMetro.

Difahamkan mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira 9 pagi yang melihat keadaan kereta mencurigakan dengan enjin hidup dan pintu bahagian pemandu terbuka sebelum memaklumkan kepada polis.

Memetik sumber polis, portal itu juga melaporkan, sepasukan polis yang membuat pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tikaman pada dada mangsa, dua di rusuk kiri dan kanan serta satu lagi pada lengan tangan kiri mangsa.

Polis juga dilapor menahan seorang lelaki yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama KKB berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.

Berdasarkan soal siasat, lelaki itu mengaku membunuh janda anak empat itu selepas si mati didakwa sentiasa mendesaknya berkahwin, lapor myMetro lagi.

Lihat Komen
ADS