Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
FGV akan jual perniagaan bukan teras
Diterbitkan:  May 7, 2015 6:07 AM
Dikemaskini: 11:02 PM

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan menyelesaikan penjualan perniagaan bukan terasnya pada suku ketiga 2015, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah.

Penjualan itu yang termasuk Felda Travel, Felda Property dan Felda Prodata Systems, akan dijalankan menerusi proses tender terbuka.

FGV kemudiannya akan menumpukan kepada perniagaan terasnya sebagai pemain perladangan bersepadu penuh dalam sektor sawit, gula dan getah, kata Mohd Emir selepas memeterai dua memorandum kerjasama (MoC) semalam.

MoC pertama dimeterai dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menubuhkan Pusat Pemuliharaan dan Interpretasi Rafflesia pertama, manakala memorandum lain ialah dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk menubuhkan program Pemuliharaan Beruang Matahari.

Mengenai prospek masa depan, Mohd Emir berkata secara umumnya 2015 dijangka menjadi tahun suram bagi syarikat perladangan di mana-mana sahaja dan FGV merancang mengekalkan pendapatan dengan menambah simpanan tanah ladang sawit lama.

"Ini kerana ladang sawit lama baru kami tidak akan menerima kesan daripada perjanjian pajakan tanah (LLA)," katanya.

LLA dikatakan merumitkan perakaunan nilai adil syarikat, yang kemudiannya memberi kesan kepada keuntungannya dan FGV masih berunding dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan mekanisme sewajarnya bagi LLA.

FGV komited menanam semula 15,000 hektar setahun dan setakat ini ia telah menanam semula lebih 44,000 hektar.

"Kami akan menumpukan kepada kawasan dengan pokok yang sangat tua. Setakat ini, kami telah melihat peningkatan dari segi pengeluaran tandan buah segar kami.

"Keputusan penuh program itu hanya boleh dilihat pada 2019 hingga 2020," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS