Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pilihan Raya akan menyiasat poster besar memaparkan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggap perkauman.

“Pegawai kempen di Permatang Pauh akan menyiasat perkara itu,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Tindakan hanya akan diambil selepas pasukannya meneliti isu itu, katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan SMS semalam.

Ditanya kesannya jika perbuatan itu didapati melanggar peraturan pilihan raya, beliau hanya berkata “biarkan mereka kaji kes ini dulu.”

Gambar besar itu memaparkan Heng dengan petikan kata berbunyi: "Melayu bayar lebih GST. GST manfaatkan kita (orang Cina)".

Heng bagaimanapun berkata pembangkang memutar belit isu itu dan kenyataannya untuk mengapi-apikan perkauman melalui isu GST.

Beliau juga berkata, kenyataan asal yang dimuatkan di China Press , sebelum ini dilapor secara luar konteks serta menegaskan harian itu telah pun memohon maaf.

MCA memfailkan aduan terhadap SPR dan polis serta menggesa tindakan tegas terhadap pihak yang cuba membunyikan gendang perkauman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS