Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gerakan memfailkan permohonan untuk mencabar kesahan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 daripada aspek perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Timbalan ketua Pemuda parti itu Andy Yong berkata mereka memfailkan usul bawah Perkara 4(3) dan 4(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengisytiharkan enakmen itu batal dan tidak sah kerana tidak selari dengan peruntukan kebebasan asasi dalam Bahagian II.

Gerakan juga percaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bertindak melebihi bidang kuasa dengan menceroboh kuasa Parlimen.

Langkah itu, kata Yong, dengan mewujudkan undang-undang jenayah yang sebenarnya bawah senarai bidang kuasa persekutuan yang disebut dalam Jadual Kesembilan.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menolak permohonan Gerakan untuk mencabar undang-undang hudud daripada dilaksana di Kelantan dan membenarkan bantahan awal kerajaan negeri.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati kes berkenaan pramatang dan ultra vires (melampaui bidang kuasa).

Gerakan pada 18 Mac lepas memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan DUN Kelantan pada tarikh sama.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS