Kerajaan akan membayar ganti rugi RM600,000 atas kecuaian dan RM60,000 kos kepada keluarga Teoh Beng Hock, kata anggota Parlimen DAP.
Teo Nie Ching berkata penyelesaian itu dicapai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, selepas enam tahun kematian mendiang.
Nie Ching memberitahu Malaysiakini , SPRM membuat tawaran itu tiga bulan lalu selepas Mahkamah Rayuan memutuskan suruhanjaya itu bertanggungjawab atas kematian Teoh.
Govt paying RM600k as damages for negligence and RM60k as costs to the family of Teoh Beng Hock. Settlement reached in KL High Court today
— Nie Ching Teo (@TeoNieChing)
May 12, 2015
Mahkamah sepatutnya mendengar pengakuan daripada saksi defendan, yang dijangka 13 orang, hari ini.
Dalam prosiding lepas, pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, saksi terakhir plaintif dalam saman cuai difailkan anggota keluarga Beng Hock, tidak hadir
Keluarga Beng Hock tidak mendedahkan kepada media berhubung sebabnya.
Keluarga mendiang menamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 lagi dalam tindakan undang-undang itu.
Pada 2009, Beng Hock, pembantu kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas terjatuh daripada tingkat sembilan pejabat SPRM Selangor.
