Culik di Sandakan: Militan mungkin terlibat
Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerbu restoran atas air di Sandakan pada kira-kira jam 8 malam ini.
Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat perkara itu.
"Polis sedang menyiasat tetapi tidak menolak kemungkinan militan terlibat," katanya kepada Malaysiakini .
Pihak berkuasa melancarkan gerakan memburu dan mengetatkan kawalan di perairan sekitarnya.
Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahaid Hamidi berkata empat lelaki bersenjata memasuki Ocean King Restaurant dengan membawa dua rifel automatik dan sepucuk pistol.
Julai lalu, lelaki bersenjata membunuh anggota polis dan menculik seorang wanita dari pusat peranginan Mabul, juga di timur Sabah.
Dua orang wanita termasuk seorang rakyat Cina diculik dari sebuah pusat peranginan di Semporna dalam wilayah yang sama pada bulan April 2014.
Pada tahun 2013, seorang pelancong terbunuh manakala isterinya diculik dari sebuah peranginan di Sipadan berhampiran Sandakan.
Lebih daripada 20 orang termasuk pelancong telah dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf di sebuahpusat peranginan di Sipadan pada tahun 2000.

