Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pandikar nafi letak jawatan speaker
Diterbitkan:  May 17, 2015 10:25 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Tan Sri Pandikar Amin Mulia malam tadi menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

    

Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

    

"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara semalam.

    

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan di portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di Ipoh semalam mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan  telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

    

Pandikar berkata beliau turut akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

    

Pandikar, 59, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada April 2008 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS