Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Aleyasak Hamid @ Hassan, 39, berhubung kecederaan yang didakwa disebabkan oleh polis sewaktu himpunan BERSIH pertama pada 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan memutuskan bahawa kenyataan tuntutan Aleyasak cacat kerana dia tidak dapat menentukan penyerangnya.

Aleyasak mendakwa dia dikasari anggota Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyebabkan kepala lututnya pecah.

Bagaimanapun komander FRU pada hari kejadian memberitahu anggotanya tidak berpecah daripada kumpulan dan oleh itu tidak boleh mencederakan Aleyasak.

"Terdapat kemungkinan bahawa Aleyasak tersalah bahawa kekasaran itu dilakukan oleh polis Pasukan Tindakan Ringan (LSF).

"Bagaimanapun, oleh kerana mahkamah terikat dengan penyata tuntutan yang dibuatnya dan kegagalan beliau untuk mengenalpasti penyerangnya, maka mahkamah menolak saman ini," kata Azizul Azmi.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menetap jumlah kos yang perlu dibayar Aleyasak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS