Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reaksi tak diundang pada ucapan Ramadan PM
Diterbitkan:  May 20, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Apa sahaja dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini seolah-olah tidak kena di mata rakyat, walaupun beliau dilihat menyeru kepada perkara yang baik.

Kira-kira sebulan sebelum kedatangan Ramadan, Najib hari ini mengucapkan selamat menyambut bulan istimewa untuk umat Islam itu.

“Moga kita persiapkan diri untuk kumpul pahala di bulan penuh barakah ini,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, tidak semua menerima ucapan pemimpin nombor satu negara itu dengan senang hati.

Mereka antaranya mengambil kesempatan mengkritik, malah menyindir Najib dan pendekatan pentadbirannya.

“Baju raya tahun ni berapa juta ringgit pula? ” soal seorang pengguna maya menggunakan nama “L3MXN”, merujuk kepada kontroversi sekitar dakwaan gaya hidup beliau dan isteri Rosmah Mansor.

Perkara lain dibangkitkan termasuk gesaan supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 1 April lalu dimansuhkan, masalah kenaikan harga barang dan sama ada beliau akan meletakkan jawatan.

Perkara sama dibangkitkan oleh bekas perdana menteri 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masa depan tidak menjanjikan bagi BN jika terus dipimpin Najib.

Berikut antara reaksi terhadap tweet anggota Parlimen Pekan itu:

Lihat Komen
ADS