Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga: PM tak perlu nasihat pasukan Mandela
Diterbitkan:  May 22, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: May 25, 2015 12:52 PM

Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menasihatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak bergantung kepada penasihat berbayar untuk menggilap imejnya.

Memperolokkan Najib, Ambiga ( kiri ), yang juga bekas pengerusi BERSIH, menulis di Twitter bahawa beliau telah pun memberikan nasihat percuma kepada perdana menteri, iaitu gesaan bercakap benar.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insider hari ini bahawa pakar perhubungan awam dan pengiklanan Lim Kok Wing dilantik sebagai penyelaras program khas Najib.

Lim, sosok penting dalam dunia perhubungan awam, mengasaskan syarikat pengiklanan swasta pertama di Malaysia serta menubuhkan Univesiti seni kreatif sulung, Limkokwing University of Creative Technology.

Beliau juga membantu rundingan dalam beberapa masalah besar, termasuk perang dalaman MCA antara presiden parti Cina itu sebelum ini Dr Ling Liong Sik dan Lim Ah Lek.

Lim juga antara yang terawal membantu Kongres Nasional Afrika dalam kempen pilihan raya untuk Afrika Selatan yang lebih bebas, sekali gus membantu Nelson Mandela ( atas ) menang pilihan raya.

Lim antaranya mengiklankan kempen itu dengan klip video dan kain rentang memaparkan Mandela dengan kanak-kanak perbagai kaum yang menarik perhatian luas masyarakat antarabangsa.

Limkokwing University of Creative Technology ketika ini mempunyai kampus di tiga lagi kota asing – London, Botswana dan Kemboja.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS