Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO pantau jenayah 'tembak' Guan Eng
Diterbitkan:  May 22, 2015 1:14 PM
Dikemaskini: 7:26 AM

Kerajaan Pulau Pinang didakwa membenarkan pusat hiburan terus dibuka selepas 1 pagi walaupun berlaku kejadian berbalas tembakan antara polis dan anggota kongsi gelap semalam.

NGO pemantau jenayah Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) justeru menuntut penjelasan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng ( bawah ) memberi penjelasan.

Pengerusi NGO itu R Sri Sanjeevan berkata tindakan itu berbeza dengan kritikan mereka kepada kerajaan Melaka pada 2011 yang membenarkan pusat hiburan beroperasi sehingga jam 3 pagi.

DAP ketika itu, kata Sanjeevan, berhujah kerajaan pimpinan ketua menteri ketika itu Ali Rustan lebih mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan rakyat.

“Sekarang apa pula penjelasan kerajaan Pulau Pinang?” soalnya yang mendakwa mendapat banyak aduan berhubung perkara itu.

Polis me­nembak mati seorang anggota kongsi gelap dalam kejadian berbalas tembakan di depoh simpanan minyak di Taman Seri Rambai di Bukit Mertajam kira-kira pukul 5.45 pagi semalam, lapor Kosmo! .

Terdahulu sebelum kejadian, lelaki yang merupakan anggota kongsi gelap Sio Sam Ong dilapor menembak mati kenalannya ketika bergaduh di sebuah pusat hiburan berhampiran depoh terbabit.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis me­nerima maklumat kira-kira pukul 2.30 pagi memaklumkan seorang lelaki mati di hadapan sebuah pusat hiburan di taman itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS