Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Myanmar: Pendatang pura-pura jadi Rohingya
Diterbitkan:  May 22, 2015 4:15 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Pemimpin junta tentera Myanmar percaya kumpulan pendatang yang cuba mendarat di Malaysia dan Indonesia pada bulan ini berpura-pura sebagai warga Islam Rohingya.

Jeneral kanan Myanmar, Min Aung Hlaing dilaporkan berkata, kebanyakan daripada migran berkenaan mungkin melarikan diri daripada Bangladesh.

“Beliau menekankan pentingnya menyiasat negara asal dan bukannya menuduh sesebuah negara lain,” lapor Reuters yang memetik laporan akhbar tempatan Myanmar.

Kenyataannya itu menimbulkan kebimbangan baru memandangkan seramai 1.1 juta orang warga Rohingya kini tiada kewarganegaraan.

Seramai 140,000 warga Rohingya juga dilaporkan hilang tempat tinggal selepas konflik berdarah dengan kumpulan penganut Buddha di wilayah Arakan pada 2012.

Myanmar turut menerima kecaman Amerika Syarikat pada minggu ini kerana gagal menangani punca krisis tersebut – pengiktirafan warga Rohingya sebagai rakyatnya.

Myanmar dijangka akan menyertai mesyuarat di Thailand bersama sekurang-kurangnya 17 negara lain, termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand pada 29 Mei.

Dilaporkan sebanyak 1,158 pendatang Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar, termasuk wanita dan kanak-kanak, mendarat secara haram dengan bot di Langkawi, Kedah pada 10 Mei, yang dilaporkan jumlah terbesar setakat ini.

Laporan media mendakwa terdapat lebih 8,000 pendatang Rohingya dan Bangladesh yang masih berada di laut dalam usaha mereka untuk masuk secara haram ke Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Lihat Komen
ADS